Showing posts with label Silver. Show all posts
Showing posts with label Silver. Show all posts

Friday, January 13, 2012


Silver Tahun 2011

Harga silver USD30.67/oz pada 5/1/2011. Turun kepada USD26.68 pada 28/1/2011.

Selepas penurunan tersebut, harga mula mendaki sehingga USD43.61/oz pada 3/5/2011 dan merupakan harga tertinggi sepanjang tahun 2011. Kenaikan yang telah dicapai sejauh ini ialah sebanyak USD43.61 - USD30.67 = USD12.98 bersamaan dengan 42.19%.

Selepas dari tarikh tersebut, silver bergerak kebawah sehingga USD28.18/oz pada 30/12/2011.

Nampaknya sepanjang tahun 2011, silver telah mengalami kejatuhan USD30.67 - USD28.18 = USD1.49(-) bersamaan (-)8.11%.

Nota: Data-data diambil dan boleh dilihat dari KITCO

Sunday, July 03, 2011

Prestasi Silver Januari - Jun 2011

Silver adalah komoditi yang didagangkan dipasaran antarabangsa. Kenaikan harga silver amat memberansangkan. Catatan tertinggi harga silver pada paras USD48.70/oz dibuat pada 28 April 2011.

Penurunan harga silver juga agak mendadak. Dari paras tertinggi, jatuh kepada USD34.20/oz pada 6 Mei 2011, berlegar-legar bermain sekitar harga tersebut sehingga penghujung bulan Jun 2011 dengan catatan sebanyak USD35.02/oz, tinggi sedikit dari harga pada 4 Januari 2011 iaitu sebanyak USD30.67/oz.

Ringkasan:
1/1/2011 - USD30.67/oz
28/4/2011 - USD48.70/oz (naik USD18.03/oz - 58.78%)
6/5/2011 - USD35.02/oz (turun USD13.68/oz - 28.09%)

Sumber: Carta & data Kitco

Saturday, April 09, 2011

Harga Silver Terus Meningkat

Harga tertinggi silver tahun 2010 ialah pada 30/12/2010 dengan catatan sebanyak USD30.70. Harga turun sedikit pada Januari 2011 dan mencipta catatan terendah pada 28/1/2011 dengan USD26.68. Bermula dari tarikh tersebut silver naik sedikit demi sedikit sehingga mencipta rekod tertinggi terbaru pada 15/2/2011 dengan catatan USD30.72. Semenjak dari itu silver mencipta rekod demi rekod sehingga 8/4/2011 dengan catatan USD40.22.

Peningkatan silver Januari hingga April 2010:
4/1/2011 - USD30.67
8/4/2011 - USD40.22
Peningkatan sebanyak: USD9.55
Peratus peningkatan: 31.13%

Berbaloi-baloi dengan silver.

Sumber: kitco

Saturday, March 26, 2011

Harga Silver Meningkat

Harga silver pada awal tahun 4 Januari 2011 sebanyak USD30.67/oz. Harga terendah pada tahun ini juga jatuh pada bulan yang sama iaitu pada 28 Januari 2011 dengan harga USD26.68/oz. (Sila lihat catatan sebelum ini).

Dari kejatuhan harga tersebut, harga terus meningkat setapak demi setapak. Apa yang anda dapat lihat dari carta diatas, harga silver pada 25 Mac 2011, ditutup sedikit rendah pada paras USD37.68/oz.

Mari kita lihat peningkatan harga silver sehingga 25 Mac 2011:
- 4/1/2011 - USD30.67/oz
- 25/3/2011 - USD37.68/oz
- naik sebanyak USD7.01/oz
- peratus kenaikan 22.85%

Jika dibeli pada harga terendah iaitu pada 28 Januari 2011:
- 28/1/2011 - USD26.68/oz
- 25/3/2011 - USD37.68/oz
- kenaikan USD11.00/oz
- peratus kenaikan 41.22%

Dari perkiraan diatas, saya berpendapat silver sangat sesuai dijadikan sebagai salah satu bakul pelaburan.

Sumber: Kitco Silver

Saturday, February 19, 2011

Rekod Tertinggi Terbaru Silver

Rekod tertinggi harga silver sebelum ini dibuat pada 30/12/2010 iaitu USD30.70. Turun kepada USD26.68 pada 28/1/2011 sekaligus mencatat harga terendah. Naik semula dan mencatatkan rekod tertinggi terbaru USD31.94 pada 18/2/2011.

Kenaikan sebanyak USD1.24 dari rekod tertinggi sebelumnya. Kenaikan sebanyak 4.03%, kurang dari 2 bulan.

Kenaikan sebanyak USD5.26 dari rekod terendah. Kenaikan sebanyak 19.71% dalam tempuh 20 hari.

Simpan silver untuk masa hadapan.

sumber: kitco
Prestasi Silver @ Perak Tahun 2010

Pasaran silver antarabangsa sangat memberansangkan untuk tempuh Januari hingga Disember 2010 yang lepas. Harga silver pada 4 Januari 2010 ialah USD17.17 melonjak kepada USD30.63 pada 31 Disember 2010.















Apa yang dapat dilihat ialah kenaikan harga sebanyak USD13.46, kenaikan sebanyak 78.39% dalam tempuh setahun.

Silver adalah satu lagi alternatif pelaburan selain emas. Memandangkan harganya masih rendah dan kenaikan harganya memberansangkan menjadikan pelaburan dengan silver berbaloi-baloi.