Tuesday, October 13, 2009

One Dirham


(Hadapan - Front)
Dirham Perak - Islamic Silver Dirham
Ketulinan (Purity): 999 silver
Negara Pengeluar: Islamic Mint Dubai
Weights: 2.975 grams
Diameter: 25mm


(Belakang - Back)


According to Islamic law, the Islamic dinar is a coin of 22k (91.7%) gold weighing 4.25 grams. The Islamic dirham coin is 2.975 grams of pure silver. Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights: "7 dinars must be equivalent (in weight) to 10 dirhams."

Dirham adalah syiling yang diperbuat dari perak. Ukuran berat satu Dirham ialah 2.975 gram.
Berat 10 Dirham bersamaan dengan berat 7 Dinar Emas. Berat 1 Dinar Emas ialah 4.25 gram.


Dinar Emas dan Dirham Perak adalah dua matawang Islam. Penggunaannya seolah-orang tenggelam begitu sahaja setelah seluruh dunia menerima wang kertas sebagai matawang. Nilai wang kertas tidak stabil dan lebih tidak stabil lagi apabila sandaran kepada emas dimansuhkan melalui pembatalan Britton Woods System oleh Presiden Nixon, Presiden US ketika itu.

Emas dan Perak dilihat dapat mengekalkan nilainya. Walau pun dunia tidak mahu menerima Dinar dan Dirham sebagai matawang, tetapi hakikat yang sebenarnya tidak dapat ditolak. Dunia memperakui Emas dan Perak adalah dua logam bernilai disamping Platinum dan Palladium yang mana logam-logam ini adalah komoditi yang diniagakan dipasaran antarabangsa.

Jesteru itu ramai orang persaorangan yang menyimpan Dinar Emas, Gold Coin, Gold Bar, Dirham Perak, Silver Coin dan Silver Bar.

Di Malaysia tidak ramai yang menyimpan Dirham dan Silver Coin/Bar kerana disini masih tiada pasaran. Walau bagaimanapun Dirham dan Silver Coin ini disimpan sebagai koleksi oleh penggemar-penggemar syiling.

No comments: